Sep 07

Sejarah bermula dengan onexox september 2015 bahagian 1

Sejarah peryertaan saya dengan onexox ini ,boleh di katakan saya terlambat 1 tahun,masa tu terlalu yakin sehinggakan yang lain dah tak nampak.Industri telco tak sama dengan produk-produk kesihatan ,sebab yang paling utama sekali pelanggan ,bila pelanggan berpuas hati mereka akan setia menggunakan ,kalau tak mereka akan buang atau pun port out

Pada Jan 2015 ada sahabat facebook saya ,waktu itu dia dalam keadaan tengah memilih samaada onexox untuk di jadikan satu perniagaan atau sebaliknya ,alhamdulillah rezeki sahabat saya,beliau memilih onexox sebagai peniagaan yang beliau ingin jalankan dan beliau sudah menikmati pasif income 5 angka sebulan selepas kerja keras beliau selama setahun

Saya di ajak join seramai 6 orang,1 secara offline ,manakala 5 lagi secara online,alhamdulillah saya join masuk onexox dengan orang ke 6 secara online,kebetulan juga saya memang follow beliau dari awal lagi ,dia tak lain tak bukan Bro Adi Nor Jaffar ,bagi saya beliau otai dalam online marketing nih hehehe

Sebelum menyertai onexox pada waktu tu,saya di beri pilihan sama ada nak jadi Sub Dealer atau Dealer.Saya mengambil keputusan untuk memilih pakej Dealer ,bayaran waktu itu rm 278 ,dapat 10 keping simkad ,modal top4 100

Sep 03

Merembo Onexox di Pasar Tani Kuala Besut

kisahnya pada jumaat pagi yang lepas dapat melakukan aktiviti merembo onexox ,setelah sekian lama berehat panjang .Pada pagi itu bermula pada jam 7:30 pagi,alhamdulillah dapat daftar seorang SD dan 1 sp .Jualan tamat pada jam 12:00 tengahari

14211993_10154480489642298_2564722771186363890_n

Jun 27

Celcom keluar notis gangguan rangkaian

13 JUN : Pengguna talian Celcom sekitar Lembah Klang akan berdepan gangguan rangkaian susulan pelaksanaan penjadualan penggantian peralatan rangkaian di semua tapak menara komunikasi dikawasan tersebut.

Penjadualan tersebut yang akan bermula antara pukul 10 pagi dan 5 petang bagi tempoh empat bulan bermula Jumaat ini akan menyebabkan gangguan perkhidmatan terputus-putus atau hilang hubungan.

Celcom (Old 02)“Penggantian itu juga merupakan sebahagian daripada persediaan Celcom Axiata untuk meningkatkan rangkaian kepada 4.5G pada masa depan serta menyediakan lapisan asas bagi rangkaian 5G pada masa depan,” kata Celcom Axiata Bhd dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penjadualan tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan dana bernilai RM2 bilion bagi tempoh lima tahun.

Bagi menangani masalah tersebut, Celcom Axiata juga akan menempatkan sementara waktu “Cells on Wheels” (luar bangunan) dan femtocells (dalam bangunan) yang akan berfungsi sebagai hab rangkaian penggantian di tapak yang ditetapkan bagi memastikan pelanggan yang terjejas hanya mengalami gangguan perkhidmatan terputus-putus yang minimum.

Sejajar dengan komitmen berterusan Celcom Axiata untuk menyediakan pengalaman rangkaian terbaik bagi pelanggan, lebih 4,600 tapak menara komunikasi di seluruh negara akan dimodenkan bagi menerima teknologi 4G, peralatan dan perisian terkini.

Jadual pemodenan akan dikemas kini setiap Jumaat.

 

 

Older posts «